BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 20 April 2010

jenis-jenis kemahiran berfikir

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

Komponen utama KBKK:

Berfikir secara kritis,

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

menjana dan menghasilkan idea,

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

membanding dan membeza:

membuat kategori,

meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.

menerangkan sebab.

membuat sekuen / urutan.

menentukan sumber yang dipercayai,

membuat ramalan,

mengusul periksa andaian,

membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

mencipta analogi
menjana dan menghasilkan idea baru
mencipta metafora,

Pengenalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Pengenalan

Modul Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif ( KBKK )adalah satu perkara yang sangat penting dalam program Sekolah Bestari .Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk melengkapkan diri masing-maisng dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan .Terdapat lima unit pembelajran di dalam modul Kemahiran berfikir ini iaitu :

Ø Konsep Am Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Ø Alat-alat berfikir

Ø Kemahiran Berfikir secara Kritis

Ø Kemahiran Berfikir secara Kreatif

Ø Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Secara kasarnya ,objektif Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif ada tujuh . Antaranya ialah :

Ø Mendapat pengetahuan mengenai kemahiran berfikir secara kritis dan krestif dengan lebih mantap .

Ø Mengaplikasikan kemahiran menyoal ,peta minda ,pengurusan grafik dan alat berfikir CoRT 1 dalam pengajaran dan pembelajaran .

Ø Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan .

Ø Mengamalkan refleksidan metakognitif dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam situasi harian .

Ø Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak .

Ø Membina dam memupuk kesedaran berfikir di kalangan pelajar .

Ø Mengamalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pelbagai situasi dan seterusnya mengamalkan budaya berfikir .

Definisi Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Definisi sebenar Kemahiran Berfikir masih tidak dapat diketahui kerana ramai tokoh pemikir yang mempunyai pendapat masing-masing tentang maksud sebenar kemahiran berfikir . Antara pendapat –pendapat tokoh pemikir adalah seperti berikut :

Ø George pada tahun 1970 melihat pemikiran sebagai satu proses pnyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks .

Ø Edward de Bono pada tahun 1976 mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malah berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah .

Ø Mayer pada tahun 1977 berpendapat bahawa Kemahiran Berfikir ialah melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah .

Ø Chaffee pada tahun 1988 pula member pendapat bahawa kemahiran Berfikir adalah pemikiran yang merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah .

Ø Pendapat seorang lagi tokoh pemikir iaitu Vincent Ryan Ruggiero pada tahun 1984 ialah “ Thinking is any mental activity that’s helps formulate or solve a problem ,make a decision ,fulfill a desire to understand .It is a researching for answers ,a reaching for meaning” .

Ø “ I define thinking as a research for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options ,the attempt to arrive at logical ,reasonable jugements, and reflection on the process” . Ini adalah pendapat yang dijelaskan oleh John Barell pada tahun 1991 .

Sebagai kesimpulannya ,pendapat tokoh-tokoh pemikiran lebih kurang sama .Pendapat mereka dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah .Jadi dapatlah dirumuskan bahawa pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu ,menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami” .

Selasa, 30 Mac 2010

Pengenalan

Blog ni dibangunkan sebagai sebahagian daripada keperluan kursus Kemahiran Berfikir Kursus PPISMP Semester 2 dibawah penyeliaan En Arbain .